Picture
Gambar Hiasan
Siapakah tokoh yang bernama Zulkarnain? (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn), Ibnu kathir menafsirkan: Zulkarnain mempunyai bentuk kepala yang sedikit menonjol seumpama 2 tanduk (dalam bahasa arab “Qarn” bermaksud tanduk dan “Qarnayn” – dua tanduk). Walaubagaimanapun pendapat yang lebih baik merujuk kepada Zulkarnain yang mempunyai mahkota perang dengan dua tanduk.

Selain itu, gelaran dhū al-Qarnayn merujuk seorang penakluk agung yang telah sampai ke negara matahari jatuh (Norway) dan matahari terbit (Jepun) menunjukkan penguasaan beliau dari barat ke timur. Nama tersebut juga merujuk kepada dua zaman, yang mana Zulkarnain hidup pada masa lampau dan pada masa hadapan yang berhubungkait dengan sejarah beliau membina tembok yang menghalang Yakjuj & Makjuj manakala akan hidup pada masa hadapan memerangi Yakjuj & Makjuj. (Hanya Allah yang Maha Mengetahui).

Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Terbukti kesemua persoalan yang ditanyakan telah dijawab oleh Rasulullah dengan terang dan jelas yang mana baginda telah menerima wahyu dari Allah menerusi surah Al-Kahfi termasuk mengenai Zulkarnain. Sepertimana firman Allah S.W.T :


Tafsiran Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsir Al-Qur’annya, Tafsir Al-Qurtubi, Zulkarnain menerima firman Allah S.W.T dan sehingga Allah berkenan memberinya kewibawaan serta melaksanakan amanah yang diberikan bagi mengajak kaumnya menyembah Allah.

Oleh itu, terdapat kekhilafan dikalangan ulama berhubung dengan diri beliau, adakah seorang nabi dan rasul, wali atau dia hanya seorang hamba yang soleh sahaja? Ada ulama mengatakan bahawa disamping dia seorang raja dia juga seorang rasul. Apapun beliau tergolong daripada seorang pejuang mujahiddin yang berani dan menguasai dunia seluruhnya, yakni, kerana kejayaannya menakluk dunia. Dan yang pasti al-Quran tidak menyebut umurnya, dan zamannya. Nabi saw pernah menyebut di dalam hadith baginda :

Maksudnya : Tidak aku ketahui adakah Tubba' itu Nabi ataupun tidak, dan tidak aku ketahui Zulqarnain itu Nabi ataupun tidak." (Hadith riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami' bil. 5524)

Zulkarnain merupakan insan yang diberkati Allah yang dianugerahkan satu kuasa yang hebat yang setara dengan kuasa pemerintahan yang ulung di muka bumi. Yang mana kekuasaan yang dianugerahkan kepada beliau berlandaskan kepada kepercayaan, Iman dan Takwa sehinggakan kuasa itu mampu meletakkan hak Allah di serata muka bumi dengan matlamat yang beliau kehendaki.
Yang jelas diyakini Zulkarnain seorang raja sepertimana di dalam sejarah dunia dicatatkan terdapat 4 pemerintahan agung yang telah memerintah dunia dan mempunyai kawasan penaklukan yang amat luas sebelum kelahiran Nabi Allah Muhammad S.A.W iaitu Raja Namrud, Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Raja Zulkarnain.  Ada pendapat beberapa ulama dan pendapat yang tersohor menyatakan:

 1)  Al-Qurtubi pula menyebut dia hidup pada zaman Nabi Ibrahim atau awal sedikit dan membawa agama tawhid Nabi
      Ibrahim. Beliau dipercayai sebagai bangsa Arab berdasarkan riwayat dan puisi-puisi arab, menceritakan
      beliau berjalan kaki untuk menunaikan haji dan dan telah bertemu dengan Nabi Ibrahim serta melaksanakan tawaf
      bersama-sama pada 2000 BC. Walaubagaimanapun , terdapat setengah ulama menyatakan beliau seorang raja dari
      Parsi.

      Dalam Almuhadlarah al-Awali, kitab yang dikutip Ibnu Katsir, disebutkan, suatu ketika Nabi Ibrahim AS bertemu
      dengan   Zulkarnain di Mekah. Nabi Ibrahim memeluk dan menjabat tangan Zulkarnain  serta memberinya bendera.
      Lalu ia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi itu dan menyeru kepada manusia agar berpegang teguh pada syariat
      tersebut.

      Hal ini dikuatkan kembali oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi SAW, Ubaid bin
     Umair dan anaknya, Abdullah, yang menyatakan, selama masa jayanya, Iskandar Zulkarnain pernah melaksanakan haji
      dengan berjalan kaki. ketika Nabi Ibrahim mendengar berita tersebut, beliau menemuinya seraya menyeru kepada
      agama Tauhid dan memberikan beberapa nasihat. Nabi Ibrahim juga membawakan Zulkarnain seekor kuda agar
      dinaikinya. Akan tetapi Zulkarnain menolak, seraya berkata, “Saya tidak akan menaiki suatu kendaraan di suatu tempat
      yang di dalamnya ada Ibrahim Al-Khalil, yang dikasihi Allah.”

2)  Wahab Bin Munabbih yang berpendapat Zulkarnain adalah raja Yaman bernama As-Sha’ab  Zulkarnain bin Al-Harith
      Zu Murathid yang mana beliau adalah dibawah susur galur keturunan Sam bin Nuh a.s. Dipercayai beliau hidup di
      zaman Nabi Musa dan membawa agama tawhid Nabi Ibrahim.

3) Abul Kalam Azad (Bekas Menteri Pendidikan India) telah menyelidik sejarah Parsi Kuno yang menemukan raja
     terbilang Kaurasyh Al-Ikhmini yang dikenali oleh orang Greek sebagai Cyrus dan Yahudi menggelar beliau sebagai
     Khauras. Dikatakan raja yang dipercayai Zulkarnain ini adalah raja yang berjaya menyatukan kedua kerajaan yang
     bermusuhan (Myra dan Himyar) dan menjadi satu empayar yang luas. Khauras juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu
     menyembah agama yang satu. Khauras adalah raja yang bersifat adil, mempunyai hubungan rakyat yang baik dan
     menunjukkan sifat-sifat kemanusian yang mulia.

Picture
Penjelajahan dan Penaklukan Zulkarnain
Berlandaskan tiga pendapat ini, penulis berijtihad tiada percanggahan dalam aspek akidah Zulkarnain walaupun terdapat khilaf dari segi bangsa atau keturunan.  Walaubagaimanapun penulis lebih cenderung untuk menyatakan Zulkarnain adalah raja parsi memandangkan sumber rujukan yang banyak berbanding yang lain. Mengikut sejarah Parsi Kurno, Zulkarnain mempunyai empayar yang amat luas pernah wujud dimuka bumi hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki yang melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Kekuasaan Zulqarnain adalah berasaskan keimanan kepada Allah SWT. Penasihat Zulkarnain yang masyhur ketika itu ialah Nabi Khidir a.s yang bertawhid menjadi menteri kanan atau penasihat utama beliau yang bersama-sama mengikuti beliau dalam siri pengembaraan dan penaklukan negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas Zulkarnain mangkat.

Ada juga yang berpendapat Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan sehingga ke Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu atas tujuan berdakwah. Inilah yang terkandung dalam buku sejarah melayu, SULALATUS SALATIN yang menyatakan bahawa keturunan raja-raja Melayu juga dari keturunan Zulkarnain daripada bangsa ROM (seperti MERONG MAHAWANGSA). Walaubagaimanapun Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan.
Picture
Dikatakan Melayu dari Keturunan Zulkarnain

Zulkarnain Bukan Alexander

Picture
Terdapat kekhilafan dikalangan ulama berhubung dengan siapakah Zulkarnain itu. Ada ulama yang berpendapat Zulkarnain itu ialah iskandar Zulkarnain yang dikenali juga sebagai ‘Alexender The Great’ ataupun Alexender Yang Agung. Tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah, Sayyid Qutb dan Ibnu al-Qayyim. Terdapat lagi beberapa pendapat yang dapat membuktikan perbezaan kedua-dua individu ini :

Zulkarnain tiada Iskandar
Mengapa Zulkarnain dipanggil Iskandar Zulkarnain sedangkan dalam Al-Quran hanya dipanggil Zulkarnain?..Baiklah Iskandar atau Alexander sebenarnya membawa erti nama seorang raja, begitulah jolokan kepada Zulkarnain (Zulkarnain the Great atau Zulkarnain Penakluk Agung). Malah dengan kemasyhuran nama Iskandar Zulkarnain ini banyak raja-raja termasuk raja melayu kita menggunakan nama Iskandar. Tidak ketinggalan raja-raja di India yang menggunakan gelaran  “Rajendra” yang membawa maksud sama iaitu Iskandar atau Alexander. Penggelaran Zulkarnain ini cukup mempengaruhi manusia di zaman itu dan zaman seterusnya sehinggalah kepada raja dari Macedonia yang menggelarkan dirinya Alexander the Great. Ternyata penggunaan penggelaran ini menunjukkan Zulkarnain hidup lebih awal berbanding Alexander dan ia mengukuhkan lagi pendapat Zulkarnain dan Alexander the Great adalah individu yang berbeza.

Picture
Penaklukan Alexander The Great
Berbeza Karektor
Terdapat percanggahan dalam sejarah hidup Alexander the Great dengan yang diceritakan dalam Al-Quran mengenai ciri-ciri Zulqarnain. Alexander merupakan raja yang lahir dalam empayar Macadonia yang dikisahkan telah berjaya menguasai Parsi yang merupakan empayar paling berkuasa ketika itu. Tidak sampai sedekad, ia telah berjaya membawa tenteranya berjalan sejauh 22,000 batu dan menguasai 3 benua. Namun kini secara perlahan-lahan kepercayaan itu mula sangsi. Ini kerana kajian pada karektor dan kisah sejarahnya membina empayar melalui peperangan dan kezaliman. Beliau juga dikenali raja yang kufur, suka membunuh, bergelumang dengan arak ,menganggap dirinya tuhan atau anak tuhan dan persundalan.

Alexander Tiada dalam catatan Kitab Yahudi
Menurut Afareez Abd. Razak Al-Haffiz penulis buku “Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain”, nama Alexander the Great tidak dinyatakan dalam kitab-kitab yahudi sedangkan sebab turunnya ayat dalam surah al-kahfi adalah bagi menjawab soalan pendeta yahudi kepada Rasulullah dalam membuktikan kenabian baginda. Justeru itu, pastinya pendeta yahudi sudah mengetahui siapa penakluk agung tersebut sebab sudah pun dinyatakan dalam kitab-kitab mereka. Dalam hal ini, penulis ini lebih cenderung menamakan Zulqarnain ialah Cyrus II atau Cyrus the Great juga dikenali Kaurasyh Al-Ikhmini raja terbilang di Parsi. Rujuk semula pendapat Abul Kalam Azad (Bekas Menteri Pendidikan India) di atas.

Picture
Cylinder Cyrus
Cylinder Cyrus
Berdasarkan kajian budaya dan sejarah Iran, terdapat pada batu silinder yang ditulis selepas kematiannya oleh Darius yang hebat sebab selepas 550 atau 540 sebelum masihi. Cylinder Cyrus adalah artifak dari zaman Empayar Parsi. Cylinder Cyrus disifatkan sebagai piagam pertama dan telah dijadikan asas piagam hak asasi manusia kini yang menyatakan hak beragama tanpa paksaaan. Dikatakan pernah dilawati Alexander untuk memberi tabik hormat kepada tokoh penguasa yang terhebat ini. Sekali lagi fakta ini menyokong dakwaan Zulkarnain hidup lebih awal berbanding Alexander.

 Ibnu Katsir, dalam kitabnya Al-Bidayah Wan Nihayah menjelaskan, meskipun terdapat nama dan plot cerita yang hampir sama, iaitu dari kekuasaannya membentang dari Barat sampai ke Timur, terdapat perbezaan jarak dan waktu sampai 2000 tahun antara mereka. “Hanya mereka yang tidak memahami sejarah yang bertegas mereka adalah orang yang sama” katanya.

Picture
Agama yang di Anuti
Pandangan Wisnu Sasongko penulis buku “Alexander adalah Zulkarnain”, berpendapat penasihat Zulkarnain adalah Aristotle. Manakala Socrates guru kepada Aristotle adalah ahli falsafah agung,  yang mana beliau berijtihad Socrates sebenarnya seorang Islam yang cukup mulia iaitu Luqman al-Hakim, seorang tokoh yang diabadikan di dalam al-Quran di dalam surah Luqman.).

Walaubagaimanapun mengikut pendapat yang kuat yang ditarjihkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-Azim dan disokong oleh as-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya fi zilalil Quran. Sebenarnya Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran bukanlah ‘Alexender The Great’ kerana Alex itu adalah seorang raja yang kafir yang menyembah berhala atau dewa dewi ataupun Zeus. Malah ada fakta menyatakan Alexander memegang aspek semidivine zalim Asia, memakai pakaian Parsi di upacara dan menerima sujud di hadapannya. Alexander bertanggungjawab dalam penaklukannya menyebar pengaruh yunani. Tidak lama sebelum dia meninggal dunia, Alexander mengarahkan bandar-bandar Yunani untuk menyembahnya sebagai tuhan. Walaupun mungkin atas sebab-sebab politik. Tambahan lagi penasihat atau menteri kanannya adalah seorang ahli falsafah yang tidak percaya kepada Allah. Ini turut disokong dengan beberapa pandangan ulama-ulama Islam yang lain seperti:

Imam Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal dengan pendapat yang agak keras: “..maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”

Kata Ibnu Qayyim, “Dia (Alexander) ialah anak Phillips, bukannya Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas. Empayar Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”

Kata Ibnu Taimiyyah, “Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjuj dan Makjuj.”
(Sumber- buku ‘Iskandar Zulkarnain’ oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf)

Perjalanan Alexander
Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauh pun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda (33 Tahun) semasa peperangan akibat malaria. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (dipercayai binaan awal Tembok Besar China sebelum diteruskan menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Picture
Kepingan syiling zaman pemerintahannya
Dasar Takwa vs Ketamakan Kekayaan
Dalam pengembaraan Zulkarnain, beliau mendapati satu kaum di antara dua gunung yang  meminta bantuan dan sanggup membayar kepada beliau sekiranya membantu menghalang pencerobohan dan keganasan Yakjuj & Makjuj. Dan di dalam al-Quran, Allah berfirman "Zulkarnain menjawab: (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh." Cara di mana Zulkarnain menjawab menunjukkan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam keuntungan material di dunia ini. Misinya disahkan oleh Allah adalah untuk menjadi adil dan baik kepada tertindas, dan keras dengan orang-orang yang mendatangkan kesusahan kepada tidak berdaya.

Sebaliknya, apabila kita menganalisis Alexander dalam kapasiti yang sama, kita akan mendapat gambaran yang bertentangan dengan apa yang telah dipetik di atas untuk Zulkarnain: "Di Susa dan Persepolis beliau (Alexanders)  mendapatkan khazanah imperialis dalam emas dan syiling dan di peperangannya di Damsyik Parsi harta dan bekalan telah dirampas untuk memberikan kekayaan Alexander bagi kali pertama. Justeru itu, dari kedua-dua catatan sejarah, kita boleh gambar Zulkarnain adalah bukan Alexander.

Liciknya Barat

Jadi bagaimana kedua-dua individu ini disamakan? Sumber-sumber Barat pada awalnya tidak menyentuh tentang Alexander Macedonia dengan pembinaan sebarang benteng atau tembok. Namun mereka mula menyentuhnya apabila menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam Al-Quran.Beberapa pengkaji berpendapat bahawa ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap gemar bermanipulasi tentang sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Al-Quran. Al-Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Begitu juga dengan sejarah Rom dan Parsi yang saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu masa dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling ulung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Kalamullah begitu hikmah menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).
Sepertimana filem Alexander keluaran Barat, arahan Oliver Stones menggambarkan Alexander seorang Biseksual, gila kuasa, penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya, Olivia. Sepertimana di lakon layarkan Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan. Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung bagi mengelirukan umat Islam pada masa kini dalam usaha men’Zulqarnain’kan Alexander.
Picture
Digambarkan rambut Zulqarnain dengan warna perang. Walhal berdasarkan sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun mungkin filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain yang diceritakan dalam al-Quran.

Pendapat-pendapat lain

Dalam mencari siapakah Zulkarnain, penulis mendapatkan sumber dan pendapat yang masyhur tetapi tidak dinafikan terlalu banyak pendapat dan kajian yang dibuat sehinggakan kekeliruan berlaku. Walaubagaimanapun haruslah mempunyai bukti dan sanad yang meyakinkan dalam menerima atau menolak hujah atau pendapat-pendapat yang dikeluarkan. Antara pendapat lain, ringkasnya:

1)     Dikatakan Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Ramain pendapat menyatakan pandangan ini tidaklah begitu kukuh. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah didatangi dengan maklumat yang selengkapnya.

2)     Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana beliau menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Jadi ia hanya merupakan gelaran dan bahasa kepada individu yang sama.

3)     Mengikut Wisnu Sasongko, penulis buku “Alexander the Great” memang Zulqarnain. Menurut buku yang ditulis, ia mempunyai plot yang mirip dengan penulisan Afareez iaitu “tempat terbenam matahari” adalah wilayah penguasaan pertama Alexander (matahari terbenam di pantai Laut Tengah), ke arah timur (India) dan wilayah dua gunung (antara Laut Hitam dan Laut Kaspia). Begitu juga dengan tempat laluan yang dinyatakan di dalam al-Quran yang dilalui oleh Zulqarnain. Yang membezakan ialah beliau bertegas laluan tersebut dilalui oleh Alexander the Great tetapi tidak dilalui oleh Cyrus the Great. Ini dibuktikan dengan peta-peta laluan Alexander the Great daripada beberapa buah buku sejarah ada dimuatkan dalam bukunya itu. Bahkan mengatakan bahawa Alexander the Great seorang yang beriman dengan Allah s.w.t dengan hujahannya yang tersendiri memangkas pendapat Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Walaubagaimanapun, penulis berpendapat hujahan Afareez hanyalah meletakkan individu yang sesuai iaitu Cyrus the Great bukanlah satu yang muktamad. Yang jelas sekiranya Alexander the Great dikatakan seorang yang beriman, berkemungkinan Zulqarnain adalah adalah orang yang sama. Cuma Alexander the Great yang dimaksudkan bukanlah lipatan sejarah Alexander dari Raja Macedonia.

Kesimpulan

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujungnya. Tahun demi tahun, pengaksesan maklumat dan informasi yang disediakan memberi pengetahuan sosial, akademik dan saintifik kepada umat manusia dalam mencari kebenaran siapakah Zulkarnain.  Pelbagai  sumber dikemukakan demi membuktikan kesasihan kajian dan analisis yang dijalankan bagi menjelaskan tafsiran dan telahan mereka. Kita tidak boleh menyalahkan mereka untuk tafsiran yang mereka kemukakan sama ada mengelirukan atau sama sekali salah. Ini kerana, mereka terikat dengan elemen kerja,  pengaruh agama dan budaya mereka. walaubagaimanapun sebagai umat Islam sewajarnya merujuk dan menjelaskan teks al-Quran dengan cara yang terbaik menerusi tafsiran ulama-ulama yang diyakini selari dengan sumber-sumber yang ada pada mereka.

Sebagaimana pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf cukuplah bagi kita beriman bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur’an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
 
Tarmizi
1/6/2014 03:38:20 pm

terima kasih dengan maklumat yang baik.......

Reply
lazuardi
6/30/2014 04:33:30 pm

menarik!
akan lebih menarik jika buku-buku itu dikaji satu per satu dengan detail, kemudian dibandingkan. Supaya kita semua boleh tahu perbezaan dan persamaan.

Reply
jimizul
12/23/2014 12:23:49 am

Satu kupasan menarik cuma saya berat untuk percaya bshawa kedua individu ini adalah org yang sama. Mungkin barat lah yg menzahirkan iskandar itu sebagaimana yg kita ketahui mengenai Alexander the Great...

Reply
jai
6/6/2015 08:07:06 pm

sial la jai

Reply
6/28/2015 02:15:14 am

ijin melihat-lihat postingannya saudara ya

Reply
Umair
7/31/2015 05:03:30 pm

Selepas membaca blog ini, barulah saya sedar siapa sebenarnya Alexander The Great. Selama ini saya selalu menyanjung Alexander The Great kerana menganggap Alexander dan Zulqarnain adalah orang yang sama. Rupa-rupanya, dua individu ini adalah orang yang berbeza. Ya Allah, engkau telah membuka mataku

Reply
Bentang
2/27/2016 07:22:48 pm

Yang saya tahu, Zulkarnain itu adalah Cyrus dan Iskandar adalah Alexander. Mereka dua orang dari daerah yang berbeda dan juga waktunya berbeda.

Reply
Dia yg ke 19
5/12/2016 02:07:05 pm

Saya telah di tugaskan untuk membesar besarkanan Maha PENCIPTA.. Bila ?!!

Reply
shah
7/28/2016 08:59:36 pm

best cerita zulkanain

Reply
daulay
12/27/2016 07:53:40 am

Dzul qarnain itu artinya yg mempunyai dua kedekatan..sedangkan di quran dia berkaitan dengan kisah nabi musa as..dan disitu ada nabi suaib as nabi harun as nabi khidir as..sedangkan ceritanya zulqarnain dikasih Allah swt kekuatan membuat dinding yg kokoh..Quran surat (az zukhruf 43) ayat 53

Reply



Leave a Reply.

    Archives

    November 2012
    July 2012

    Categories

    All
    Zulkarnain Dan Yakjuj & Makjuj